SEMANGAT KELUARGA SAINS RAIKAN SAMBUTAN AIDILFITRI | FAKULTI SAINS
» BERITA » SEMANGAT KELUARGA SAINS RAIKAN SAMBUTAN AIDILFITRI

SEMANGAT KELUARGA SAINS RAIKAN SAMBUTAN AIDILFITRI

 

Disediakan oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah 

 

Serdang, 23 April 2024 – Keluarga Sains beraya, itu pendekatan yang dilakukan menerusi perayaan yang menghimpunkan komuniti Fakulti Sains, di sini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.

 

Bertempat di ruang legar Bilik Saintis Gemilang (BSG) dan Foyer Fakulti Sains, program yang melibatkan setiap jabatan itu berjaya mendapat sambutan dalam kalangan warga Sains, sekali gus memperkukuh semangat SCi-TIZEN iaitu warga Fakulti Sains menjadi agen peneraju dan penyebar ilmu.

Pelbagai juadah seperti sate, ketupat, lemang dan rendang dihidangkan kepada tetamu menerusi 5 gerai disediakan mengikut jabatan iaitu Pejabat Dekan, Jabatan Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik & Statistik selain majlis dimeriahkan dengan reruai untuk bergambar. Tambahan, majlis bermula dari 2 petang hingga 4 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Untuk makluman, majlis ini diadakan serentak di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM dan dikenali sebagai Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitiri 2024 UPM.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 29/04/2024 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFGAAE~