CYBERJAYA-Bagi menjamin kesinambungan Pelan Strategik Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia 2014-2020 yang akan tamat pada tahun ini, seramai 31 orang yang terdiri pegawai pengurusan tertinggi Fakulti, pegawai akademik dan pegawai tadbir telah menghadiri satu Bengkel Pelan Strategik Fakulti Sains 2020 yang telah diadakan pada 27 Februari 2020 bertempat di Cyberview Spa & Resort, Cyberjaya.
Bengkel sehari ini diadakan bagi mempersiapkan Fakulti Sains UPM dengan cabaran persekitaran, kekuatan, kekurangan, ruang dan peluang, ancaman serta senario politik dan ekonomi terkini dan juga selaras dengan Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia (UPM) terkini.
Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) 2014 – 2020 Fakulti Sains yang telah disasarkan seperti mempertingkatkan kualiti dan daya saing graduan, penjanaan nilai melalui RDCE (research, development, commercialization and enterprising ecosystems), melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat perlu di tambah baik mengikut petunjuk dan cabaran yang akan ditempuhi oleh Fakulti sebagaimana matlamat Pelan Strategik UPM.
Input dan maklumbalas berkenaan intipati bengkel ini, diperolehi melalui pra bengkel bersama kakitangan jabatan bagi mendapatkan idea dan pandangan daripada semua lapisan kakitangan. Di samping itu Perhimpunan Pegawai Fakulti Sains UPM pada 7 Januari 2020 juga banyak memberikan idea, pendapat dan pandangan mengenai halatuju Fakulti Sains.
Berita/foto oleh Sabri Omar
Tarikh Input: 13/03/2020 | Kemaskini: 13/03/2020 | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :