Lawatan Industri Ke OR Technologies Sempena Program CEO@PTJ | FAKULTI SAINS
» BERITA » Lawatan Industri ke OR Technologies sempena Program CEO@PTJ

Lawatan Industri ke OR Technologies sempena Program CEO@PTJ

 

Oleh: Noor Nashrin Arlina Anas

KUALA LUMPUR – Fakulti Sains telah mengadakan lawatan industri pada 7 Julai 2022 ke OR Technologies sempena Program CEO@PTJ. Program di bawah kelolaan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CirNet) UPM ini merupakan satu inisiatif dalam membangunkan kolaborasi pihak industri dan PTJ di UPM.

Sehubungan itu, Jabatan Matematik dan Statistik telah memulakan langkah dengan menjalinkan kerjasama dengan Ts. Ahmad Hadzramin Abdul Rahman yang merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan OR Technologies Sdn Bhd. Antara program yang boleh dianjurkan bersama adalah perkongsian ilmu dan pengalaman dari perspektif industri, program kebolehpasaran graduan di mana pelajar didedahkan dengan keperluan semasa industri dan mendapatkan khidmat nasihat kepakaran dari penyelidik UPM berkenaan bidang usaha industri.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Dekan (Pembangunan dan Jaringan) Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa, Ketua Jabatan Matematik dan Statistik, Prof. Madya Dr. Siti Hasana Sapar, Dr. Muhammad Aslam Mohd Safari dan Encik Syafiq Hariz Mohd Hanafiah.

 

Tarikh Input: 14/07/2022 | Kemaskini: 14/07/2022 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFIQAQ~