| FACULTY OF SCIENCE

Pelajar Fakulti Sains Terima Anugerah Pingat Tunku 2016

Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Khairul Adib bin Muhammad Yusof, graduan Bacelor Sains (Kepujian) Fizik (2016) yang telah dianugerahkan sebagai penerima Pingat Gangsa, Anugerah Pingat Tuanku 2016 Yayasan Tuanku Abdul Rahman. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Abdul Rahman dalam satu Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Tunku 2016 di Memorial Tuanku Abdul Rahman Putra pada 20 Mac 2017. Anugerah yang telah diperkenalkan pada tahun 1979 adalah suatu usaha untuk yayasan bagi mengiktirafkan graduan cemerlang IPTA Kepujian Kelas Pertama yang juga cemerlang dalam ko-kurikulum dan kepemimpinan.

SXDcVAH~