| FACULTY OF SCIENCE

Fakulti Sains Menang 29 Pingat di PRPI UPM 2016

   

Fakulti Sains telah berjaya  memenangi 29 pingat dari 31 poster penyertaan dalam Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM 2016 yang telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS), UPM Serdang pada 15 – 16 November 2016.

Penyertaan pameran dari pelbagai kluster penyelidikan itu telah menghasilkan kemenangan 7 pingat emas, 14 perak dan 8 gangsa dari penyelidik Fakulti Sains yang mewakili  Jabatan Kimia, Jabatan Fizik, Jabatan Matematik dan Jabatan Biologi.

Disamping itu Fakulti Sains juga telah memenangi Anugerah Penyelidikan Universiti bagi Kategori Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Kategori Penerbitan Makalah Jurnal berdasarkan pencapaian cemerlang penilaian Malaysia Reserch Assessment Instrument (MyRA) tahun 2015.

Hadiah dan pingat kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia  pada majlis penutup di Dewan Besar UPM Serdang.


SXESRAn~