40 PELAJAR SMK ADE PUTRA MASJID TANAH MELAKA TERUJA LAWAT FAKULTI SAINS | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 40 PELAJAR SMK ADE PUTRA MASJID TANAH MELAKA TERUJA LAWAT FAKULTI SAINS

40 PELAJAR SMK ADE PUTRA MASJID TANAH MELAKA TERUJA LAWAT FAKULTI SAINS

Berita/Foto Oleh : Sabri Omar

 

Bagi meningkatkan minat pelajar sekolah dalam bidang sains, Jabatan Biologi dan Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM mendedahkan suasana pembelajaran dan penyelidikan kepada 40 orang pelajar terpilih dari SMK Ade Putra Masjid Tanah Melaka pada 16 Ogos 2017.

 Lawatan setengah hari  bagi belajar tingkatan 3 dan 4  bersama empat orang guru pengiring adalah rentetan dari program Our Stolen Future 4.0 JIMM Fakulti Sains dan Jabatan Biologi yang  telah diadakan di SMK Ade Putra pada 13 Mei 2017 yang lalu.

 Pada program lawatan ini, pelajar didedahkan kepada suasana pembelajaran sebenar di makmal-makmal Biologi dan Fizik oleh pensyarah dan pelajar siswazah dimana pelajar dapat merasai perbezaan pembelajaran di makmal-makmal sains universiti berbanding makmal-makmal sains di sekolah.

 Pelajar juga berpeluang melawat makmal penyelidikan bagi memberi motivasi dan minat mereka kepada subjek sains yang banyak menawarkan peluang melanjutkan pelajaran diperingkat lebh tinggi.

 Penerangan mengenai struktur pembelajaran di Fakulti Sains disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik & HEP) Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Azwady Abd. Aziz sementera Dr. Wan Hamidah Wan Ibrahim dari Jabatan Biologi bertindak sebagai penyalaras bagi lawatan ini.

 

 

Updated:: 23/08/2017 [nashrin]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466601
0389432508
C1506384264