Mengapa perlu memiliki set eksklusif ini?

September 5th, 2010

Mengapa anda perlu memiliki set eksklusif ini?

  • Sumber rujukan ilmiah untuk kanak-kanak sekolah rendah tahap dua dan rujukan tambahan bagi persediaan untuk kanak-kanak yang akan menghadapi UPSR
  • Tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah rendah, malah boleh juga dijadikan sumber rujukan bagi para pelajar sekolah menengah kerana ensiklopedia ini juga menyelitkan tajuk-tajuk am yang boleh menambahkan pengetahuan pelajar
  • Guru-guru juga perlu memiliki set ensiklopedia ini untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di sekolah
  • Kanak-kanak dapat mengetahui bahawa ilmu sains ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan ayat-ayat suci al-Quran, di mana setiap tajuk di dalam ensiklopedia ini menyelitkan potongan ayat suci al-Quran untukmengukuhkan hubungan sains dan al-Quran

Ensiklopedia Sains & AlQuran untuk Kanak-Kanak

September 5th, 2010

SATU KHAZANAH yang semestinya anda miliki untuk keluarga tercinta.

Ensiklopedia Sains dan al-Quran untuk Kanak-kanak adalah sebuah set ensiklopedia yang lengkap, sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan subjek Sains untuk murid-murid sekolah rendah hingga menengah rendah.

Penyampaian maklumat yang ringkas dan dibantu dengan ilustrasi yang menarik minat membantu anak-anak mengembangkan minat dan pengetahuan terhadap sains.

Tidak terhad kepada fakta sains sahaja, setiap tajuk dilampirkan bersama petikan ayat al-Quran sebagai rujukan perkaitan fakta sains dan al-Quran.

Sebuah pelaburan yang tidak ternilai bagi setiap keluarga yang memiliki ensiklopedia ini. Satu rumah satu ensiklopedia, membantu dan mendorong anak-anak menambah ilmu pengetahuan

http://ensiklopediasainskanak-kanak.com/

UPIN DAN IPIN diminati di Indonesia

July 7th, 2010

Dua budak lelaki comel iaitu UPIN DAN IPIN paling diminati di Indonesia. Begitulah hebatnya penangan animasi keluaran syarikat tempatan Malaysia.

July 2nd, 2010

Upin Ipin

KTSM untuk anak-anak Staf FS

July 2nd, 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Fakulti ke-533, pada 1 April 2010 telah meluluskan cadangan penubuhan Kelab Tunas Saintis Muda Fakulti Sains!

Kelab Tunas Saintis Muda (KTSM) ?
Kelab yang ditubuh….

bagi memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, yang membuka ruang kepada generasi muda khususnya pelajar sekolah.

Menerusi kelab ini, Fakulti akan dapat memberi galakan dan dorongan agar pelajar agar ’tidak takut’, malah minat sains dan seterusnya ingin meneroka kerjaya dalam bidang sains.

Penyertaan?
Terbuka kepada anak staf FS berumur 6 – 17 tahun ,mengikut kategori iaitu Bongsu (6 – 9 tahun), Kecil (10 – 12 tahun), Junior (13 – 15 tahun) dan Senior (16 – 17 tahun)
Pendaftaran?
Sila dapatkan Borang Pendaftaran di Pejabat Dekan, lengkapkan dan kemuka kembali kepada Puan Noorizai Hj. Mohamad Noor atau Puan Faridah Kamludin mulai 6 April 2010.
Aktiviti menarik dan bila?
Banyak dan macam-macam. Antaranya Motivasi Sains, Kuiz Sains, Pertandingan Puisi Sains, Pertandingan Pidato Sains, Kraf Sains, Sains dan Kehidupan, dan banyak lagi… yang akan dilaksana pada musim cuti sekolah atau hari minggu.
Yuran?
Tiada. Bayaran komitmen akan dipohon mengikut aktiviti yang akan dijalankan.
SYABAS dan TAHNIAH kepada Pengurusan Fakulti!!!
SYABAS, TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada Pengerusi Kelab Kebajikan Fakulti/ Jabatan yang diketuai oleh Dr. Muskhazli serta exco yang menyahut cabaran ini. 

KTSM Pupuk Pelajar Minati Sains

July 2nd, 2010

Sebagai memenuhi tanggungjawap sosial terhadap masyarakat, serta inisiatif Fakulti untuk membuka ruang, peluang dan memberi galakan kepada genarasi muda khususnya pelajar sekolah agar ‘tidak takut’, malah meminati sains dan seterusnya meneroka kerjaya dalam bidang sains, Fakulti Sains UPM menubuhkan Kelab Tunas Saintis Muda (KTSM), Fakulti Sains.

Jawatankuasa Pelaksana aktiviti ini dipengerusikan oleh Dr. Muskhazli Mustafa, Pensyarah Jabatan Biologi yang juga Pengerusi Kelab Warga Sains (KWS), dan dianggotai oleh gabungan pegawai akademik dan bukan akademik dari setiap Jabatan. Manakala Jawatankuasa Induk dipengerusikan Dekan Fakulti Sains, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz serta ahli pengurusan Fakulti serta semua Pengerusi Kelab-Kelab Jabatan Fakulti Sains.

Keahlian kelab dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Bongsu, Kecil, Junior dan Senior mengikut kategori umur, dan kini keahlian secara keseluruhan telah mencecah kepada bilangan 96 orang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana, Dr. Muskhzli Mustafa, keahlian pada masa ini hanya terbuka kepada anak-anak staf Fakulti Sains sahaja, mungkin suatu masa nanti kita akan membuka ruang ini kepada anak-anak staf UPM pula, katanya.

Majlis pelancaran dan perasmian Kelab Tunas Saintis Muda ini telah disempurnakan oleh Y.bhg. Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz, Dekan Fakulti Sains pada 5 Jun 2010 di Dewan Kuliah D, UPM dihadiri oleh pengetua, guru besar, guru sains sekitar Serdang, Bangi, Putrajaya dan Nilai. Turut hadir adalah ibu bapa kepada ahli kelab yang terdiri dari anak-anak kaki tangan Fakulti Sains.

Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz dalam ucapan perasmianya berkata, penubuhan kelab ini bertujuan untuk membantu bakal saintis muda masa depan mengalami proses pembalajaran yang dapat merangsang minda mereka. “Kita sedar bahawa pelajar adalah aset negara yang perlu dipelihara, mereka merupakan individu yang mampu melonjakan nama negara dalam pelbagai bidang ilmu baru untuk faedah tamadun dan genarasi akan datang. Justeru itu pelajar-pelajar ini mempunyai keperluan khusus dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang perlu dipenuhi dan dipupuk secara holistik. Fakulti Sains optimis menerusi ruang aktiviti sebegini, generasi muda dapat mendekatkan diri mereka dengan sains, seterusnya dapat memupuk mereka meminati sains kelak. Kita berharap usaha yang kecil ini dapat Membentuk Saintis Masa Depan”, katanya lagi.

Melengkapkan pengisian program pada hari tersebut, dan sebagai aktiviti pengenalan kelab, ahli-ahli akan di dedahkan dengan ilmu sains menerusi lawatan dan aktiviti di makmal pengajaran dan penyelidikan, lawatan ke Muzium Biologi, pendedahan dan pengalaman melihat proses cerapan matahari, dan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang mengikut kategori umur pelajar yang seawal 6 tahun hinggalah 17 tahun.

KTSM in Action!!

July 2nd, 2010

Read the rest of this entry »

@UPM > Kelab Tunas Saintis Muda Pupuk Minat Sains Terhadap 100 Pelajar Sekolah

July 2nd, 2010

SERDANG, 5 Jun – Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) membimbing 100 pelajar sekolah sekitar Serdang berumur 6 sehingga 17 tahun meneroka bidang sains melalui Kelab Tunas Saintis Muda.

Kelab yang pertama kali ditubuhkan itu terbahagi kepada empat kumpulan berdasarkan peringkat umur iaitu bongsu, kecil, junior dan senior.

Dekan Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz berkata kelab itu bertujuan memupuk minat pelajar dalam bidang sains dengan menggunakan konsep bermain sambil belajar.

“Minat pelajar terhadap sains perlu dipupuk sejak kecil kerana mereka adalah aset negara yang akan menggantikan kita suatu hari nanti.

“Laman web kelab kelab itu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diharapkan dapat mempromosikan program kelab supaya mendapat kolaborasi dengan pihak sekolah dan memupuk kesedaran sains pelajar,” katanya pada majlis pelancaran kelab itu di sini.

Sementara itu, Pengerusi Program, Dr. Muskhazli Mustafa berkata program itu mewujudkan keseronokan dalam sains melalui aktiviti-aktivi yang berkaitan penggunaan dan konsep sains dalam kehidupan seharian pelajar.

“Penubuhan kelab ini bukan sahaja untuk memenuhi tanggungjawab sosial fakulti terhadap masyarakat malah ia merupakan inisiatif fakulti untuk memberi galakan kepada pelajar sekolah meneroka kerjaya dalam bidang sains,” katanya.

Aktiviti yang dijalankan ialah origami, melawat ke makmal dan Muzium Zoologi, Jabatan Matematik, ice breaking, apresiasi sains, kuiz interaktif dan diskusi kerjaya dalam bidang Sains.

Aktiviti lain ialah ujikaji terhadap belon udara dan elektrolisis, payung terjun, fizik dan magnet, ketumpatan, perkongsian ilmu dalam kumpulan dan simulasi gunung berapi.

Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM. (Noralis Buang ‘wartawan pelatih’ 03-89466014).

Tunas Saintis Muda di Radio24 BERNAMA

July 2nd, 2010

ALHAMDULILLAH berita perkembangan semasa Tunas Saintis Muda Fakulti Sains UPM telah keudara di Radio24 pada 18 Jun 2010 awal tengahari dalam segmen Khabar Kampus. Dalam rancangan tersebut Dekan Sains Fakulti Sains, Prof Dr Sidek Aziz telah ditemuramah menerusi talian telefon oleh wartawan Radio24, yang beroperasi pada frekuensi siaran 93.9 MHz FM. Beliau telah mengulas objektif dan matlamat penubuhan Tunas Saintis Muda serta majlis pelancaran pada 5 Jun 2010 yang lalu.