Prospek Kerjaya & Alumni

PROSPEK KERJAYA

Prospek kerjaya mengikut bidang pengajian yang ditawarkan di Jabatan Fizik adalah seperti berikut:

 

BACELOR SAINS FIZIK DENGAN KEPUJIAN

Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas sama ada dalam sektor awam dan swasta.  Graduan boleh meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi sama ada di universiti dalam negara atau luar negara. Di antara peluang pekerjaan meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, pengeluaran dan pemprosesan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan teknikal, keusahawanan dan pengurusan.

Secara amnya, peluang kerjaya graduan adalah seperti Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik, Pegawai Proses/Pengeluaran, Pegawai Teknologi, Pegawai Pembangunan Produk dan Ahli Sains Forensik.

 

BACELOR SAINS DALAM SAINS BAHAN DENGAN KEPUJIAN

Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas samaada dalam sektor awam dan swasta.  Graduan boleh meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi samada di universiti dalam negara atau luar negara. Di antara peluang pekerjaan meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, pengeluaran dan pemprosesan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan teknikal, keusahawanan dan pengurusan.

Secara amnya, peluang kerjaya graduan adalah seperti Pegawai Sains, Pegawai Penyelidik, Pegawai Jaminan Kualiti, Pegawai Pengeluaran, Pegawai Pengembang Produk dan Pegawai Teknologi Bahan.

 

BACELOR SAINS DALAM SAINS INSTRUMENTASI DENGAN KEPUJIAN


Instrumentasi adalah satu bidang yang amat penting kepada kemajuan industri dan instrumentasi di Malaysia. Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas samaada dalam sektor awam dan swasta. Graduan boleh meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi samada di universiti dalam negara atau luar negara. Di antara peluang pekerjaan meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, pengeluaran dan pemprosesan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan teknikal, keusahawanan dan pengurusan.

Secara amnya, peluang kerjaya graduan adalah seperti Pegawai Kawalan Kualiti (QC), Pegawai Jaminan Kualiti (QA), Pegawai Penyelidik dan Pembangunan (R & D), Pegawai Instrumentasi, Pegawai Sains, Pegawai Radiasi dan Pegawai Pereka Bentuk Instrumentasi.

 

BACELOR SAINS FIZIK DENGAN PENDIDIKAN (KEPUJIAN)

Untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga pengajar di sekolah awam/swasta, institusi pendidikan awam/swasta, kolej komuniti dan sekolah antarabangsa. Bidang pendidikan, sama ada di peringkat pengajian tinggi atau sekolah adalah bidang pekerjaan yang biasa diceburi oleh graduan fizik. Selain itu, graduan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat siswazah samada di universiti dalam negara atau luar negara.

 

ALUMNI

Graduan daripada Jabatan Fizik telah menceburi pelbagai sektor pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Alumni Jabatan Fizik telah bekerja di pelbagai syarikat multi-nasional seperti Telekom Malaysia, Intel, Continental, Top Glove, FreeScale Semiconductor, Texas Instruments, DiGi, Petronas, Proton, Westen Digital, Maxis, dan Infineon Technologies.

Mereka juga menceburi sektor kerajaan seperti MIROS, Nuclear Malaysia, NAHRIM, MET Malaysia, MARDI, Lembaga Getah Malaysia, dan juga sektor pendidikan negara seperti Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu, dan juga Universiti Putra Malaysia sendiri.

Alumni Jabatan dijemput menyertai laman sosial LinkedIn rasmi Jabatan dipautan berikut:

LinkedIn - UPM Physics Alumni

    

Berikut merupakan sebahagian daripada profil alumni Jabatan Fizik: