Kelab Pelajar

 

Mahasiswa Fizik bergiat aktif dalam kelab pelajar di Jabatan iaitu Kelab Fizik. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 disebabkan terdapat kumpulan pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu astronomi. Kecenderungan itu tercetus disebabkan pada waktu ini komet Halley telah berkedudukan hampir dengan sistem suria untuk beberapa bulan. Lawatan komet Haley tersebut telah mencetuskan minat di kalangan ahli akademik Jabatan bersama-sama mahasiswa pada waktu tersebut.

Aktiviti-terkini Kelab Fizik dikemaskini di Facebook Kelab Fizik yang boleh dilawati seperti berikut:

Facebook Kelab Mahasiswa Fizik