MASTER STATISTIK GUNAAN

MASTER STATISTIK GUNAAN

Master Statistik Gunaan adalah program pascasiswazah 40 kredit melalui kursus kerja termasuk 6 kredit mini projek.  Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam statistik dan juga menawarkan peluang untuk pengajian lanjutan dan pembangunan kerjaya dalam bidang statistik. Ia menawarkan kurikulum yang menyediakan pendekatan yang seimbang untuk latihan dan pendidikan profesional statistik.

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan lanjutan dan kepakaran profesional melalui kerja kursus dan aplikasi.  Ia mendedahkan mereka kepada perkembangan terkini dalam bidang Statistik Gunaan. Graduan dari bidang ini boleh mempunyai peluang kerjaya dalam bidang perancangan, pengurusan, penyelidikan, akademik dan industri yang berkaitan. Pelajar yang mengikuti Master Statistik Gunaan boleh melengkapkan program dalam tempoh minimum tiga semester dan tempoh maksimum enam semester (tiga tahun).

 

Penilaian

Penilaian adalah berdasarkan penilaian berterusan melalui tugasan, projek, pembentangan, ujian dan peperiksaan.   Disertasi dinilai pada semester akhir.

 

Syarat Kemasukan

 

Pelajar Tempatan:

  • Calon yang memiliki ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Statistik atau bidang lain yang berkaitan dengan nilai PNGK sekurang-kurangnya 2.750, atau setara dengannya, seperti mana diterima oleh Senat; ATAU
  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Statistik atau bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.500 sehingga PNGK 2.749, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut; ATAU
  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Statistik atau bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.000 sehingga PNGK 2.499, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

 

 * Calon tanpa kelayakan dalam bidang berkaitan atau tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan mesti menjalani kursus prasyarat yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

Pelajar Antarabangsa

Pemohon luar negara mestilah mempunyai kelulusan yang setara seperti pemohon tempatan.

*Sila kemukakan dokumen berkaitan untuk pertimbangan.

 

Keperluan Bahasa Inggeris untuk Pelajar Antarabangsa

  • IELTS: Skor band 6.0; atau
  • TOEFL: Skor keseluruhan, minimum 550.

 

Struktur Program

Calon dikehendaki mengambil 40 jam kredit yang terdiri daripada kursus teras (25 jam kredit) dan kursus elektif (15 jam kredit).

Kursus Teras (25 jam kredit)

  • Statistik Bermatematik
  • Tinjauan Pensampelan
  • Rekabentuk dan Analisis Ujikaji
  • Analisis Regresi
  • Pemodelan Statistik Gunaan
  • Analisis Multivariat
  • Seminar I
  • Disertasi

 

Kursus Elektif (pilih 15 jam kredit)

  • Analisis Data Interaktif
  • Teknik Kawalan Kualiti
  • Analisis Data Jelajahan
  • Analisis Data Berkategori
  • Ekonometrik
  • Analisis Mandirian
  • Statistik Teguh
  • Teori Statistik Tak Berparameter
  • Proses Stokastik Gunaan
  • Analisis Siri Masa
  • Teknik Ramalan Dalam Kewangan
  • Teknik Statistik Ruang
  • Statistik Bayes
  • Permodelan Nilai Ekstrim
  • Simulasi Dan Komputasi Berstatistik

 

Skema Pengajian Mengikut Semester

Semester I (15 KREDIT)

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

MTH5402

Tinjauan Pensampelan

3(3+0)

MTH5403

Rekabentuk dan Analisis Ujikaji

3(3+0)

MTH5411

Pemodelan Statistik Gunaan

3(3+0)

 

Kursus Elektif

3(3+0)

 

Kursus Elektif

3(3+0)

 

Semester II (13 KREDIT)

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

MTH5401

Statistik Bermatematik

3(3+0)

MTH5404

Analisis Regresi

3(3+0)

*MTH5989

Disertasi

6(0+6)

MTH5903

Seminar I

1(0+1)

 

Kursus Elektif

3(3+0)

 

Semester III (12 KREDIT)

Kod Kursus

Nama Kursus

Kredit

*MTH5989

Disertasi

6(0+6)

MTH5415

Analisis  Multivariat

3(3+0)

 

 

Kursus Elektif

3(3+0)

Kursus Elektif

3(3+0)

*Nota: Hanya 3 kredit diambil untuk pengiraan bagi kursus MTH5989 Disertasi setiap  semester.

 

Yuran Pengajian

Pelajar Tempatan

Semester I

RM5,000

Semester II

RM4,250

Semester III

RM4,000

JUMLAH

RM13,250

 

Pelajar Antarabangsa

Semester I

RM8,300

Semester II

RM7,250

Semester III

RM6,850

JUMLAH

RM22,400

 

Pengambilan

  • September
  • Februari

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah)

Fakulti Sains,

Universiti Putra Malaysia

 

Emel : fs_kjmat@upm.edu.my / fs_tdps@upm.edu.my

Tel. : +603-97697447 / +603-97696603