MASTER SAINS MATEMATIK

Master Sains Matematik adalah program pascasiswazah secara kerja kursus dengan 40 kredit termasuk 6 kredit disertasi master. Objektif program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang kompetitif, berpengetahuan dan mahir dalam matematik serta berpeluang untuk kajian lanjutan dan pembangunan kerjaya dalam matematik. Program ini memberi penekanan kepada teori dan aplikasi matematik supaya pelajar dapat menerapkan pengetahuan untuk kemajuan kerjaya dalam profesion yang berkaitan sama ada di sektor awam atau swasta. Graduan program ini mempunyai persediaan yang cukup untuk melanjutkan pengajian di peringkat kedoktoran. Pelajar yang mengikuti Master Sains Matematik (secara kerja kursus) boleh melengkapkan program ini dalam tempoh minimum satu tahun dan maksimum dua tahun.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk program ini terdiri daripada pendekatan konvensional dan pembelajaran teradun termasuk kuliah, tutorial, sesi makmal, tugasan, pembentangan dan seminar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu pejabat pada hari kerja.

 

Penilaian

Penilaian adalah berdasarkan penilaian berterusan melalui tugasan, projek, pembentangan, ujian dan peperiksaan. Disertasi dinilai pada akhir semester ketiga.

 

Syarat Kemasukan

Pelajar Tempatan:

  • Calon yang memiliki ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Sains Matematik atau bidang lain yang berkaitan dengan nilai PNGK sekurang-kurangnya 2.750, atau setara dengannya, seperti mana diterima oleh Senat;

ATAU

  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Sains Matematik atau bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.500 sehingga PNGK 2.749, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut;

 ATAU

  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Sains Matematik atau bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.000 sehingga PNGK 2.499, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

 

Pelajar Antarabangsa

Pemohon luar negara mestilah mempunyai kelulusan yang setara seperti pemohon tempatan.

*Sila kemukakan dokumen berkaitan untuk pertimbangan.

 

Keperluan Bahasa Inggeris untuk Pelajar Antarabangsa

  • IELTS    : Skor band 6.0; atau
  • TOEFL   : Skor keseluruhan, minimum 550.

 

Struktur Program

Calon dikehendaki mengambil 40 jam kredit yang terdiri daripada kursus teras (25 jam kredit) dan kursus elektif (15 jam kredit).

Kursus Teras (25 jam kredit)

  • Persamaan Pembezaan Biasa
  • Persamaan Pembezaan Separa Dengan Aplikasi
  • Persamaan Kamiran Dengan Aplikasi
  • Pengaturcaraan dan Perisian Matematik
  • Kaedah Berangka Bagi Persamaan Pembezaan
  • Kaedah Penyelidikan dalam Matematik
  • Disertasi Master

Kursus Elektif (pilih 15 jam kredit)

  • Analitik Operasi
  • Kriptografi Bermatematik
  • Teori Nombor Beralgoritma
  • Analisiskripto
  • Teori Pengoptimuman dan Penggunaan
  • Tajuk Pilihan Dalam Kawalan Optimum
  • Kaedah Pengoptimuman
  • Pemodelan Matematik
  • Sistem Dinamik dan Kalut
  • Dinamik Bendalir
  • Dinamik Bendalir Berkomputasi
  • Pemindahan Haba dan Jisim

 

Skema Pengajian Mengikut Semester

 

SEMESTER I (13 KREDIT)

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

MTH5102

Persamaan Pembezaan Biasa 

3(3+0)

MTH5105

Persamaan Pembezaan Separa Dengan Aplikasi

3(3+0)

MTH5500

Pengaturcaraan dan Perisian Matematik

4(3+1)

MTH5901

Kaedah Penyelidikan dalam Matematik

3(2+1)

 

SEMESTER II (15 KREDIT)

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

MTH5106

Persamaan Kamiran Dengan Aplikasi

3(3+0)

MTH5502

Kaedah Berangka Bagi Persamaan Pembezaan

3(3+0)

MTH5xxx

Elektif I

3(3+0)

MTH5xxx

Elektif II

3(3+0)

MTH5989A

Disertasi Master

3(0+3)

 

SEMESTER III (12 KREDIT)

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

MTH5xxx

Elektif III

3(3+0)

MTH5xxx

Elektif IV

3(3+0)

MTH5xxx

Elektif V

3(3+0)

MTH5989B

Disertasi Master

3(0+3)

 

Yuran Pengajian

Pelajar Tempatan (RM-Ringgit Malaysia)

Semester I

RM6,060

Semester II

RM6,550

Semester III

RM5,440

JUMLAH

RM18,050

Pelajar Antarabangsa (RM-Ringgit Malaysia)

Semester I

RM8,800

Semester II

RM9,550

Semester III

RM8,050

JUMLAH

RM26,400

 

Pengambilan

  • September
  • Februari

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah)
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
 
Tel. : +603-97697447 / 6603
 
 
  • Brosur program boleh dimuat turun DI SINI
  • Klik DI SINI untuk memohon