MASTER KIMIA ANALISIS

Program ini terdiri daripada dua semester dan merupakan gabungan kerja kursus (36 kredit) dan penyelidikan (6 kredit). Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan ahli kimia profesional dengan pengetahuan mendalam dan kemahiran dalam analisis kimia. Mereka juga harus berfikir secara kreatif dan inovatif dan cekap dalam pengurusan maklumat dengan kemahiran teknikal dan analisis yang baik. Program ini direka untuk menghasilkan ahli kimia berpengetahuan dan berorientasi penyelidikan yang mahir dalam inovasi dan pembelajaran lanjutan. Mereka akan dapat melibatkan diri dalam pelbagai kerjaya yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam analisis kimia dalam sektor awam dan swasta.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran, terdiri daripada pendekatan pembelajaran konvensional dan campuran, adalah sejajar dengan objektif modul program. Ianya termasuk kuliah, tutorial, sesi makmal, bengkel, kajian kes, ulasan kritikal dan seminar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu berkerja untuk kemudahan para pelajar yang mempunyai komitmen peribadi atau berkerja.

Penilaian

Kemajuan pelajar dinilai berdasarkan penilaian berterusan melalui kerja projek, ulasan kritis, laporan praktikal, tugasan dan persembahan lisan. Disertasi penyelidikan akan dinilai pada akhir Semester II.  

Syarat kemasukan

  • Calon yang memiliki ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Kimia atau Kimia Analisis dan bidang lain yang berkaitan dengan nilai PNGK sekurang-kurangnya 2.750, atau setara dengannya, seperti mana diterima oleh Senat; 

ATAU

  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Kimia atau Kimia Analisis dan bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.500 sehingga PNGK 2.749, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut;

ATAU

  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Kimia atau Kimia Analisis dan bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.000 sehingga PNGK 2.499, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

      

Struktur Program

Pelajar mesti mengambil 30 jam kredit kursus teras dan sekurang-kurangnya 12 jam kredit kursus elektif. Program ini dijalankan untuk sekurang-kurangnya DUA (2) semester dan maksimum ENAM (6) semester.

  

Kursus Teras (30 jam kredit)

No.

Nama Kursus

1

 Statistik dan Kemometrik untuk Kimia Analisis

2

 Keselamatan Makmal

3

 Kimia Analisis I

4

 Kimia Analisis II

5

 Spektroskopi Molekul

6

 Spektroskopi Atom

7

 Teknik Pemisahan

8

 Kaedah Penyelidikan dalam Kimia

9

 Disertasi Master

 

Kursus Elektif (pilih 12 jam kredit)

No.

Nama Kursus

1

 Kimia Elektroanalisis

2

 Pencirian Keadaan Pepejal

3

 Teknologi Sensor

4

 Teknologi Makanan Lipid

5

 Kimia dan Teknologi Kanji

6

 Kualiti Produk Makanan

7

 Teknologi Pencemaran dan Rawatan Alam Sekitar

8

 Teknik Penilaian Impak Alam Sekitar

 

Skema Pengajian

Semester I

Kod Kursus

Nama Kursus

Jam Kredit

CHM5001

 Statistik dan Kemometrik untuk Kimia  Analisis

3(3+0)

CHM5002

 Keselamatan Makmal

3(3+0)

CHM5003

 Kimia Analisis I

3(0+3)

CHM5406

 Spektroskopi Atom

3(3+0)

CHM5901

 Kaedah Penyelidikan dalam Kimia

3(3+0)

CHM5998A

 Disertasi Master

3(0+3)

CHM/FST/ ESC

 Elektif 1

3(3+0)

 

Semester II

Kod Kursus

Nama Kursus

Jam Kredit

CHM5004

 Kimia Analisis II

3(0+3)

CHM5202

 Spektroskopi Molekul

3(3+0)

CHM5407

 Teknik Pemisahan

3(3+0)

CHM5998B

 Disertasi Master

3(0+3)

CHM/FST/ ESC

 Elektif 2

3(3+0)

CHM/FST/ ESC

 Elektif 3

3(3+0)

CHM/FST/ ESC

 Elektif 4

3(3+0)

 

Keperluan Bahasa Inggeris untuk Pelajar Antarabangsa

  • IELTS    : Markah band 6.0; atau
  • TOEFL   : Markah keseluruhan minimum 550

 

Yuran Pengajian

Pelajar Tempatan (RM-Ringgit Malaysia)

Semester I

RM 9,186

Semester II

RM 8,930

Jumlah

RM 18,116

Pelajar Antarabangsa (RM-Ringgit Malaysia)

Semester I

RM 12,286

Semester II

RM 12,030

Jumlah

RM 24,316

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah)
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
 
Telefon: +603-97697447/6603