Global Women Breakfast @UPM 2026: Many Voices, One Science
Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Global Women Breakfast @UPM pada 10 Februari 2026, sebagai sebahagian daripada inisiatif Global Women Breakfast (GWB) yang diraikan secara serentak di seluruh dunia. Program ini berperanan sebagai platform tahunan untuk memperkukuh jaringan, memupuk kolaborasi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Tema Global Women Breakfast tahun ini, “Many Voices, One Scienceâ€, menekankan kepentingan kepelbagaian suara, perspektif dan pengalaman dalam memperkayakan landskap sains. Pendekatan yang inklusif ini dilihat mampu memperkukuh kerjasama rentas disiplin dan institusi, sekali gus menyumbang kepada kemajuan sains yang lebih mampan dan berimpak.