Merayakan Aidilfitri Dengan Selamat: Risiko Cairan Vape Yang Tidak DiKawal | FAKULTI SAINS
» ARTIKEL » Merayakan Aidilfitri Dengan Selamat: Risiko Cairan Vape Yang Tidak DiKawal

Merayakan Aidilfitri Dengan Selamat: Risiko Cairan Vape Yang Tidak DiKawal

 

Pihak berkuasa di Malaysia disarankan supaya untuk mempercepatkan penyediaan peraturan berkaitan Nikotina dan kandungan bahan kimia yang lain dalam produk e-liquid. Langkah ini mampu mengawal dan mencegah aktiviti jenayah disamping membantu penyelarasan kutipan cukai untuk negara.

Pada musim perayaan ini, masyarakat diminta untuk meningkatkan kewaspadaan kepada produk e-liquid bernikotin yang digunakan di dalam pelbagai generasi - Electronic cigarettes (e-cigarettes). Pada tahun 2023, peniaga vape yang menjual produk ini mungkin beranggapan bahawa produk mereka sah dan selamat kepada pengguna. Namun, pengguna sebenarnya tidak menyedari tentang kesan e-cigarette terhadap kesihatan mereka kerana kewujudan peraturan Nikotina dan kandungan bahan kimia yang lain.

Musim perayaan seperti aidilfitri ada salah salah satu perayaan yang sentiasa bermakna dan kita mahu komuniti menikmatinya secara bertanggung jawab. Ini kerana, perayaan yang akan disambut mestilah mempunyai persekitaran yang selamat untuk membantu melindungi orang ramai, terutamanya golongan kanak-kanak, anak-anak muda dan warga emas daripada potensi bahaya.

Semasa musim perayaan, masyarakat mungkin akan mencuba e-liquid baharu yang berbahaya, terutama apabila nikotin diiklankan sebagai "sah" baru baru ini. 

Nikotina, sering dilabelkan di bungkusan e-liquid tetapi ia tidak mempunyai deklarasi yang sah. E-liquid yang tidak mempunyai kawalan juga mempunyai bahan kimia lain seperti Cinnamaldehyde, vanillin, menthol, ethyl maltol, ethyl vanillin, benzaldehyde dan linalool. Itulah sebabnya masyarakat perlu diberikan mesej iaitu penggunaan e-liquid yang tidak dikawal selia mungkin tidak selamat dan juga boleh mengandungi bahan terlarang seperti kanabis.

Bukan itu sahaja, makmal di universiti juga ingin bekerjasama dengan pihak kerajaan Malaysia untuk mengenal pasti bahan baharu dalam e-liquid sebagai sebahagian daripada penyelidikan saintifik untuk membina Sistem Amaran Awal E-liquid. Jika anda bimbang tentang kandungan e-liquid yang anda beli – "sah" atau sebaliknya. Sila hubungi Dr Rashidi di email rashidichemistry@upm.edu.my

 

Mengenai Penulis
 
Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap AMRSC, FSSM | 
Jabatan Kimia
Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia
Bidang Kepakaran: Kimia Analisis, Spektroskopi
FTIR dan Raman, Kimia Kuantum, Bahan Psikoaktif
Novel, Pencirian Aerosol.

Tarikh Input: 23/10/2023 | Kemaskini: 16/04/2024 | hidayahsaleh

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFBVAV~