IKAN ASLI PUPUS 15 TAHUN LAGI? – Ikan Pendatang ‘Takluki Perairan Negara’ | FAKULTI SAINS
» ARTIKEL » IKAN ASLI PUPUS 15 TAHUN LAGI? – Ikan pendatang ‘Takluki Perairan Negara’

IKAN ASLI PUPUS 15 TAHUN LAGI? – Ikan pendatang ‘Takluki Perairan Negara’

19 Oktober 2023, Melalui petikan atas talian Harian Metro wawancara bersama Pensayarah Kanan Jabatan Biologi Fakulti Sains UPM Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Amal Azmai pakar bidang Ekologi dan Penyakit Ikan mengatakan, ketika ini kebanyakan perairan negara sudah ditakluki ikan asing yang semakin membiak dengan berleluasa terutama kawasan berpenduduk padat seperti di Lembah Klang dan isu ini semakin serius.  

Menurutnya, Malaysia mempunyai keunikan dan kepelbagaian biodiversiti dengan memiliki hampir 470 spesies ikan asli di seluruh negara, namun ketika ini terdedah dengan ancaman kemusnahan habitat, pencemaran dan kehadiran ikan asing. Antara populasi spesies asli yang semakin berkurangan adalah seperti Arowana, Termeloh, Kelah, Patin liar dan Tapah.

Kajian yang dilakukan pada tahun 2021 menunjukan sungai di Lembah Klang sudah ditakluki ikan asing seperti ikan bandar raya dan tilapia. Di Sungai Pusu 57% eskosistemnya adalah ikan asing, Gombak 40%, Sunagi Langat 50%, Sungai Klang 33% dan semenyeh 14%.  Ikan asing sifatnya boleh hidup di dalam kualiti air yang teruk, cepat membesar dan membiak serta sangat agresif dan jika terlepas di dalam perairan sunagi, ia mampu mejejaskan sumber ikan asli.

Tambahnya lagi, ikan asing ini jika dimakan dikhuatiri akan menyebabkan penyakit bawaan bakteria kerana ikan asing ini mengumpul logam berat didalam badan ikan tersebut. Kebanyakan ikan asing dibawa masuk ke negara untuk dijadikan sebagai ikan hiasan atau ikan yang kemudaiannya ditempatkan di kolam pancing sebelum terlepas ke perairan umum.  Beliau menyarankan agar pihak berkuasa dapat menilai semula undang-undang. Jika perlu digubal peraturan yang lebih spesifik iaitu larangan membela ikan import terutama dalam sangkar perairan umum utama negara dalam usaha bagi mengelakkan kemungkinan berlaku sangkar pecah. 

Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 30/10/2023 | m.hakim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFBRAp~